Tuesday, October 12, 2010

MY FIRST AWARD!!!




Salam...
Ini first AWARD aku. Aku memang tak tahu pasal Award ni...Tapi Aku nak ucapkan TRIMAS kepada Syamil Hafiy kerana mengetag aku...(Macam ni ker??? )

Slogan kenapa korang suka MemoriSeorangMuda
Aku suke akan blog MemoriSeorangMuda sebab simple...Simple is nice...CooL is GooD..hehehe...

Reaksi korang lepas dapat anugerah ni
S.Y.U.K.R.A.N...itu aje...

Tag 15 kawan@blogger yang lain

laluna
G.R.E.E.N.Y.G.O.R.G.E.O.U.S

 

Kunjungi belog Afizz di : http://memoriseorangmuda.blogspot.com 

Monday, October 11, 2010

KEJELITAAN ITU???

 


Pada waktu malam yang dingin...angin dingin mengingatkan aku kepada sesorang yang sangat bermakna buat diriku pada masa dahulu...Pernah dulu aku berkata."comenye ko malam ni" lantas kau membalas...

Kejelitaan itu...
Adalah anugerah yang patut disyukuri..
Bukan dibanggakan...

Kejelitaan itu...
Apabila tiba waktu
Adalah daun yang luruh
 
Adalah buah yang jatuh
Adalah bunga yang layu
Adalah rumput yang lesu
 
Adalah kayu yang reput
Adalah laut yang surut
Adalah air yang keruh
 
Adalah kain yang lusuh
Adalah senja yang samar
Adalah bulan yang pudar


Demikianlah kejelitaan itu
Mengingatkan diriku dan dirimu
Betapa yang ada hari ini
Tidak kekal abadi


Kerana apabila tiba waktunya
kau..aku dan siapa saja
Akan hilang dan kembali ke asalnya

Termanggu sekejap...
Sekadar renungan buat kaum hawa & adam juga....


Friday, October 8, 2010

CONTEST “TOP REFERRER CONTEST”

Salam..
Hari ini aku ada masuk satu contest “Top Referrer Contest”
dari walimatulurus.net. Diorang ni ada Special hadiah nak bagi kat korang nak tau apa??

kad 
kahwin walimatulurus dot net 

hadiah berupa Iphone 3G 16GB dari depa dengan menyertai “Top Referrer Contest”  

Bagaimana untuk menyertai peraduan ini?

Mudah saja, anda hanya perlu letakkan banner dan link di bawah ini ke dalam laman web anda. Diorang akan mengira pengunjung yang datang dari website anda ke laman web ini. Peserta yang dapat membawa pengunjung terbanyak akan menerima hadiah iphone 3G dari pihak walimatulurus.net

Bila tarikh bermula dan tamat peraduan ini?
 
Peraduan ini bermula dari 1 Oktober 2010 hingga 31 Oktober 2010.
Apa lagi...Nak join ataupun nak tau info lebih lanjut...klik kat BANNER kat side page aku tu ya...


Semoga berjaya



Thursday, October 7, 2010

SALAH SIAPA???




 Pada petang yang damai., aku mencapai sehelai keratan akhbar kononya ingin digunakan untuk membalut buah nangka daripada buruk dimakan serangga...
Tiba-tiba aku terpandang sekilas tajuk...Buang Bayi...Masalah sosial ini begitu rumit hendak ditangani. Persoalannya...

SALAH SIAPA???

WANITA?

LELAKI?

IBU BAPA?

PEMERINTAH?

Kita diajar untuk mengenal siapa tuhan kita, iaitu Allah s.w.t. Sewaktu kita kecil ibu bapa mengajar kita mengenal Allah. Meningkat remaja, Para guru mendidik kita mengenal siapa pencipta kita. Apabila meningkat dewasa, kita perlu mencari dan mengenal siapa Allah.Sekiranya kita leka,Kesannya amat menyedihkan...seperti apa yang berlaku pada hari ini..
Nauzubillah min zalik...
Moga kita sentiasa dilindungi oleh Rahmat-Nya...


Saturday, October 2, 2010

SelaMat Hari Lahir





Selamat Hari Lahir ke 25 aku ucapkan kepada Dia...
SemoGa Sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bahagia selalu... 
Limpahkanlah rahmat kasih sayang-Mu kepada Dia...
Semoga selamat dunia dan akhirat... 
Mudah-mudahan betambah rezeki, bertambah iman, bertambah keberkatan umur...
Semoga Kita berjumpa lagi...
 



Contest " Celoteh MJ"




Salam kepada semua blogger!!!

Jom sertai fendi …Kita pakat ramai-ramai join contest yang diilhamkan oleh
Iaitu
My 1st Give Away < Top 3 Members GA >

Senang saja untuk join contest nii…
Apa yang patut dilakukan oleh anda ialah ialah mengpostingkan ataupun publishkan Entri
Jom pakat ramai-ramai Join Join Contest "CeLoTeH M.J"


Nak join ( PiCit)

Tarikh Mula Contest : 24/9/2010
 Tarikh Tamat belum ditetapkan. :)



Wednesday, September 29, 2010

"Contest teka duit syiling 50 sen"




Salam Kepada semua Blogger...
Hari ini aku telah menjoin satu contest iaitu

So aku nak teke berapa jumlah duit syiling tersebut...
Hmm..oOo..eh..ada lagi..aik..yang sana...1,2,3..adoi sakit mata... 
sumenye berjumlah 196 keping.

Nak join ( PICIT )

Tarikh Tutup : 30 September 2010 

Sunday, September 26, 2010

Bosannye + Gambar Lomo


Bosan betol hari ini...lagi pun dah lama aku tak update blog aku nie...
So, aku masuk bilik ternampaklah kotak bekas kamera lomo (adik aku punye)..
So aku pun mengamati gambar-gambar efek dari lomo...
menarik jugak...tapi aku takde kamera tu...
So aku pun try photoshop...edit la...asalkan pueh ati aku yang bosan nie...
So aku pun edit la...hasilnya...cam gambar nie...
 
 



Haha...sekarang aku da pueh ati...Klu nak blajar serve la kat internet...byk totrial ag...

aku pun banyak lagi nak kene blajar...
 
 
 

Saturday, August 21, 2010

layan aje

salam...

Pose2 nie xtau nak buat ape..try la layan lagu nie..syadu aje ati yang kering ini...

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu 
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

Monday, August 2, 2010

D.E.N.G.K.I


Kenapa ade aje orang yang nak berdengki dengan kita? Padahal, bukannya kita ambik barang die pun..Aku pun tak tau pasal ape yang die tu suke sangat dengki kat aku...Aku cakap baik-baik, die balas macam nak cari gaduh...Kang gaduh betol-betol sakit nanti...Kita nie nak berkawan jaganlah ade persaaan dengki...Nak dengki biarla yang sihat-sihat...Ni tak...kalau boleh sume nak dengki...Kang aku bagi FlyingdeathKick baru tau...tapi,sabor aja la En fendi..adat la bile berkawan...ada masam dan manis...

Aku bagi nasihat sikit kepada yang suka berdengki tu...Antara 10 Pesanan Untuk Nabi Musa
ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya daripada Jabir bin Abdillah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran pesanan dalam 10 perkara termasuklah sifat dengki tadi...
 
"Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan itu, maka bukan daripada-Ku."

So, fikir-fikirkanlah...







Saturday, July 31, 2010

JIKA KAU BERCINTA LAGI

Salam semua..
Hari ini bangun pagi dengan semangat yang sedikit goyah,,sebenarnya malas aje badan ni nak melakukan tugasan seharian..hahahha..Buka radio di pagi hari,,malam hari sama sahaja..cinta sana,cinta sini..aku layan aje..kui2..

Jika Kau bercinta lagi
cintalah sepenuhnya
jika kau bercinta lagi
jagalah kau hatinya

Perg!!!..Aku xtau la macam mana aku bleh terlayan lagu oldskol nie..apepun telinga aku mmg xcerewet..aku feel aje..Tetibe teringat pulak zaman stdy aku yang penuh dengan pengertian hidup. Banyak pengalaman yang aku dapat, dari berkawan sampai bercinta cintun..heehhe...

engkau yang memilihnya
tanpa memikirkan tentang diriku
kini ku hanya dapat berdoa
agar berbahagia kau disampingnya

Itulah ragam bercinta...kene ingat...Cinta bukan untuk dimiliki, tapi dihargai...jgn terover sudahlah...yang penting jgn buat kerja bodoh ea...Redho aje la...Kita kene senyum sokmo...kalau tak bercinta pun, biarlah jadi sebuah persahabatan yang dihargai sedalam-dalamnya..

aku tak dapat menghalang
engkau punya kemahuan sendiri
biarku hidup hanya mengenang
peristiwa yang tak dapat ku lupa

Memang kita sebagai manusia penuh dengan fitrah semulajadinya..berkasih sayang...Aku pun dulu bercinta jugak, tapi cinta yang dihargai sepenuhnya yang memerlukan pengorbanan...Pengorbanan yang memang sakit dan perit nak ditanggung oleh jiwa n raga...Bukan aku xcuba, tapi mungkin Allah nak bagi aku sesuatu...Apa pun kita boleh pandang ke belakang, tapi jangan fikir ke belakang.. :)

kini aku hanya dapat berdoa
agar berbahagia kau disampingnya
selamat tinggal
aku mengundurkan diri 

Hmm...Sebenarnya Allah itu Maha Adil. Dia bagi kita rasa gembira,sedih,suka,benci dll. KIta kena lalui semua ini..baru kita tahu makna hidup sebenarnya...Barulah kita jadi matang dalam menilai atau membuat keputusan...Bagi aku..ramai yang tahu, tapi xramai yang memahaminya...

Frendz never say gudbye...

Thursday, July 29, 2010

The illusionis


















salam

Hari tu aku ada cerita tentang benda pelik yang berlaku kat diri aku ni. Ada satu hari tu, aku ntah cam ne terdownload cerita The illusionis. Cerita ini memang best gile..name pun cam ilusi gitu..memang sesuai gan apa yang berlaku kat diri aku nie. 

Hero die Eisenheim, seorang ahli silap mata..lebih kurang cam tu la..Klu korang tgk cete ni,, aku rase memang korang ske..Eisenheim ni dlu masa kecik2, ada awek name sophie, tapi terpisah sbb si Eisenheim ni miskin. Last2 skali jumpe gak. Tapi awek Sophie ni da bertunag dengan Putera Raja. Pastu berlakulah permusuhan antara Eisenheim dgn Putera Raja nie. Then korang tgk la sendiri..aku nati cete xbest..Tapi cete ni ILUSi  si Eisenheim buat tu..perh!!..Die bleh hilangkan diri..

nak tgk pergi kat laman web ni..download pun bleh


Monday, July 26, 2010

I.L.U.S.I.K.U



















Salam...

Rindu jgk kat blog aku nie..sepanjang aku xopen and update blog aku ni, macam2 benda da berlaku...Antaranya..ILUSIKU...Meh aku story menstory dgn anda semua...

Hari sabtu hari tu, kak aku mintak tolong pergi buat pengesahan salinan Ic dan jugak penyata pencen ayah aku. Aku pun bersamama-sama dengan ibuku pergi la cari kat dalam beg yang sememangnya jadi tempat tinggal segala dokumen dan fail2 penting. Dicarinya akan penyata pencen ayah aku..last2, jumpe jgk..ibu aku jumpe,,aku tengok je..

Friday, July 23, 2010

CRite LawaK- TerBeraNak







 







Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hostipal.

"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal". "Tak maulah doktor, saya malu"
Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.
Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....

Tuesday, July 20, 2010

Pening

















salam..

Hari ini memang aku rasa  sangat malas. Bangun tido tadi awal, siap aje solat subuh..aku sambung tido balik. Aku pun tak tahu apa punye malas hari ini. Pagi tadi pun ibu aku suruh pergi beli ayam kat pasar dan macam2 la. 

Aku tengok orang pun rase berserabut je kat dalam kepala aku ni...nape ek???.Mase aku beli ayam tadi pun aku pegang pun xbetol.Siap bleh jatuh agi..tapi aku masih bleh kontrol macho ag(..hehehe..)..xtau la ape yang jadi kat aku ari nie..mase kat trafic light pun aku mengelamun sampai da hijau aku still tak gerak2 lagi..

Sampai je kat rumah, aku baring kat ruang tamu. tetibe ade mat banci datang. Aku berbual-bual dengan budak tu. Dia tunggu grad bulan 10 ni..apa yang special dia ni stdy same2 gan tempat aku kat UUM. Umur sama je, tapi aku grad bulan 3 ari tu..kos pentadbiran muamalat.. 4 tahun kot. Kami sempat berkenalan ag..Tapi yang hampeh aku lupe nak tnye name die..hehehehe...

Lepas die blik aku sambung baring kat ruang tamu tu..mase tu ade anak kucing nama cikko datang kat aku..aku angkat la..skali die berak cair la..habis seluar aku...dengan rase kesian yang melebihi amarah..aku dengan selamba amik air dgn kain buruk cuci..Kool je aku membasuh walaupun ade gak sesekali aku nak memvomiTt..hehhe...Apa punye nasib daa ari ni..





Sunday, July 18, 2010

Apa Warna Kamu



Pastilah hampir semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna yang ada atau yang biasa disebut dengan warna favorit. Nah, dari situ kita bisa lihat watak kamu berdasarkan warna favorit kamu.

Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, maka kamu termasuk dalam tipe pemurung, selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Mendambakan ketenangan dan ketentraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Demikian pula dalam bercinta karena kamu pintar dalam menyembunyikan perasaan.

Warna Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu adalah tipe yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercaya.

Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahwa kamu memiliki sifat optimis. Kamu tipe periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang loyo. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu, karena menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun juga, walaupun seseorang itu dungu atau bloon.

Warna Ungu
Kalo warna Ungu (Violet) menjadi warna favorit kamu maka kamu adalah tipe yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai benar dalam mengikuti perkembangan jaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang bisa mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Warna Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu karena sifat angun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang membutuhkan bantuan kamu.

Warna Hitam
Kamu termasuk tipe orang yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Kalo kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik, rapi, cukup banyak lawan jenis berusaha mengejar dan merebut cinta kamu.

Warna Merah
Kamu termasuk tipe yang sangat berwibawa dan juga senang mengayomi teman yang lemah. Walau sering kali bergaul dan bercanda tapi kamu bisa menahan diri. Banyak orang mengatakan cinta, tapi kamu selalu berpikir dan berpikir lagi. Kamu termasuk tipe yang sulit jatuh cinta.

Saturday, July 17, 2010

Mengapa ramai wanita suka warna Pink













WARNA pink identik dengan warna wanita. Jika ada bayi perempuan lahir, maka semua aksesorinya diberi warna pink. Namun jika lelaki memakai baju pink pasti akan ditertawakan. 

Mengapa pink begitu identik dengan perempuan? Ada oang bijak pandai dari Universiti Liverpool dekat England, dia menjelaskan " evolusi menyebabkan wanita suka kepada kemerahan" Mereka cenderung memilih buah yang berwarna merah, wajah kemerahan dan sebagainya. Tugas wanita mencari bahan makanan untuk keluarga turut memainkan peranan kerana menjadi tradisi bagi wanita untuk mencari buah masak yang berwarna merah sehinggakan sampai detik ini anakcucu Hawa menggemari warna merah"
Keputusan itu dibuat berdasarkan ujian yang dibuat ke atas 200 responden lelaki dan wanita yang berumur dalam 20-an.

Di dalam ujian itu, kaum wanita menyatakan mereka suka warna paduan biru dan merah tetapi mereka tidak suka pada kalaborasi warna hijau dan kuning.  Dengan respon yang terdiri daripada dua ras berbeza iaitu cina dan inggeris, ternyata selera terhadap warna sama sekali tidak dipengaruhi oleh etnik melainkan faktor biologi.

Hmm..Betol ke??

Thursday, July 15, 2010

MANUSIA HARI INI SUKA SANGKA-SANGKA.



Manusia ni macam-macam. Ada sangkaan baik dan Ada sangkaan buruk..Yang baik itu okey, tapi yang tak baik itulah masalahnya..

Orang beribadah disangka riak.
Orang yang relax disangka malas.
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk.
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud.
Orang makan banyak disangka pelahap.
Orang makan sikit disangka diet.
Orang baik disangka buruk.
Orang buruk disangka baik.
Orang senyum disangka mengejek.
Orang masam disangka merajuk.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang diam disangka menyendiri.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang nampak ceria disangka membela.

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah.
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah.
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa.
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya.
Mana tahu yang ceria itu kerana cerdas mindanya.
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah .
Seperti musnahnya kayu dimakan api.
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat

Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya :) 
Anda Bagaimana???

Monday, July 12, 2010

RAHSIA MEMOTONG KUKU

 RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan  
  masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Saturday, July 10, 2010

INGATLAH!



INGATLAH!
andai kita terlupakan ALLAH
dalam kelapangan atau kesibukan
dalam kesenangan atau kesusahan

INGATLAH!
jangan jadi anak derhaka
mak ayah jangan dilupa
usah dilukai hati dan perasaan mereka

INGATLAH!
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar pengajarannya
tapi tarbiyah berpanjangan

INGATLAH!
dengarlah dan bacalah al-Quran
ketika di Radio penuh hiburan
ketika di TV penuh Hindustan

INGATLAH!
di mana Islamnya diri kita
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan
yang jantan seluar pendek disarungkan

INGATLAH!
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

INGATLAH!
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

INGATLAH!
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

INGATLAH!
diri kita milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan

INGATLAH!
bahawa hidup itu 'harus'
bahawa mati itu 'wajib'
apabila datang yang 'wajib'
maka tinggallah yang 'harus,
mati itu 'benar'
siksa kubur itu 'benar'
neraka itu 'benar'
syurga itu 'benar'
Muhammad itu 'Benar'
Allah juga yang 'Sebenar-benarNya'