Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, September 18, 2011




Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw. 

Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt. 

Ikhlas dalam beramal.

Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya. 

Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

Solat malam menjadi kebiasaannya.

Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.

Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt. 

Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas-tugas dan kewajipan lelaki soleh:

Mencari nafkah (belanja hidup)
Berjihad Fisabilillah.
Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

Sedangkan aku sendiri pun tidak ada sifat-sifat seperti itu...
renung-renungkanlah...


Friday, October 15, 2010

SEKADAR RENUNGAN-TANDA GADIS BERMARUAH

 
 
Berikut ialah 10 tanda-tanda seorang gadis itu bermaruah tinggi dan amat elok jika dijadikan isteri:



Wajah agak kuning atau hitam manis. Raut wajahnya nampak bersih dan bercahaya.

Matanya bersinar terang bila dia melihat. Alis matanya tulin, hitam tebal dan rapi susunannya.

Bila dia berbicara, dia berkata dengan sopan santun dan lemah-lembut. Perangainya baik.

Senyumnya menawan. Jika ketawa, dia akan tundukkan muka kerana malu dan akan ketawa sedikit sahaja.

Pinggangnya ramping, punggungnya

Tidak keluar rumah melainkan jika perlu tetapi sentiasalah bertemankan seorang muhrim. Dia tidak berhias tetapi bersih dan kemas.

Hatinya tenang, tidak mudah keluh kesah bila menempuh dugaan.

Perangainya tidak memaksa tetapi senang memahami hati orang lain.

Sentiasa redha dengan apa-apa pemberian orang kepadanya. Menerimanya dengan ikhlas.

Tidak gemar bercakap banyak. Hanya bercakap perkara yang perlu dan yang baik-baik. 
 
Tapi nak mencarinya bukannya mudah kan??? Umpama permata yang sukar untuk ditembusi...

Wednesday, October 13, 2010

DIKALA AKU KEBOSANAN???



Dikala aku kebosanan....
Aku akan mencapai Gitar Yamaha F-210 akustikku...melayan jiwa dengan melodi-melodi indah yang mampu merampas kebosanan dan mengembalikan kerianganku...
Tunggu sekejap...wahai kasih...


Dikala aku kebosanan....
Aku akan mencapai komik KREKO ku...membaca dan menghayati watak-watak animasi yang pelbagai...Bankai!!!


Dikala aku kebosanan...
Aku akan memicit dan menekan button-button console PS2 ku itu...Gol!!!


Dikala aku kebosanan...
Mencari teman-teman untuk berbicara dikala mengubat rindu kepadanya....Jom kuar???


Dikala aku kebosanan...
Kalau bosan sangat basahilah lidah anda dengan berzikir selain sentiasa mengigat mati...Sebab perkara yang paling hampir dengan kita adalah...
M.A.T.I.


Selamat Beramal...^_^


Monday, October 11, 2010

KEJELITAAN ITU???

 


Pada waktu malam yang dingin...angin dingin mengingatkan aku kepada sesorang yang sangat bermakna buat diriku pada masa dahulu...Pernah dulu aku berkata."comenye ko malam ni" lantas kau membalas...

Kejelitaan itu...
Adalah anugerah yang patut disyukuri..
Bukan dibanggakan...

Kejelitaan itu...
Apabila tiba waktu
Adalah daun yang luruh
 
Adalah buah yang jatuh
Adalah bunga yang layu
Adalah rumput yang lesu
 
Adalah kayu yang reput
Adalah laut yang surut
Adalah air yang keruh
 
Adalah kain yang lusuh
Adalah senja yang samar
Adalah bulan yang pudar


Demikianlah kejelitaan itu
Mengingatkan diriku dan dirimu
Betapa yang ada hari ini
Tidak kekal abadi


Kerana apabila tiba waktunya
kau..aku dan siapa saja
Akan hilang dan kembali ke asalnya

Termanggu sekejap...
Sekadar renungan buat kaum hawa & adam juga....


Monday, July 12, 2010

RAHSIA MEMOTONG KUKU

 RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan  
  masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Saturday, July 10, 2010

INGATLAH!



INGATLAH!
andai kita terlupakan ALLAH
dalam kelapangan atau kesibukan
dalam kesenangan atau kesusahan

INGATLAH!
jangan jadi anak derhaka
mak ayah jangan dilupa
usah dilukai hati dan perasaan mereka

INGATLAH!
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar pengajarannya
tapi tarbiyah berpanjangan

INGATLAH!
dengarlah dan bacalah al-Quran
ketika di Radio penuh hiburan
ketika di TV penuh Hindustan

INGATLAH!
di mana Islamnya diri kita
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan
yang jantan seluar pendek disarungkan

INGATLAH!
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

INGATLAH!
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

INGATLAH!
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

INGATLAH!
diri kita milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan

INGATLAH!
bahawa hidup itu 'harus'
bahawa mati itu 'wajib'
apabila datang yang 'wajib'
maka tinggallah yang 'harus,
mati itu 'benar'
siksa kubur itu 'benar'
neraka itu 'benar'
syurga itu 'benar'
Muhammad itu 'Benar'
Allah juga yang 'Sebenar-benarNya'

Friday, July 9, 2010

Kerana SAYANG

 
Manusia dan keinginan
Senantiasa berjalan beriringan
Tak mampu dipisahkan
Kitalah manusia itu
Selagi nyawa dikandung badan
Kita kan senantiasa berkehendak..

Andai menginginkan kasih sayang Allah swt
Setiap perintah-Nya dipenuhi
Setiap larangan-Nya dijauhi
Kesalahanan diri ditangisi
Dosa-dosa lalu disesali
Hari-hari berikutnya dilalui dengan
bersulam doa dan pasrah kepada-Nya
"Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
jalan orang-orang yang diberi nikmat
dan bukannya jalan mereka yang dimurkai
dan bukan pula jalan mereka yang sesat"

Andai mau memenuhi kehendak iblis laknatullah
Berbuatlah sesuka hatimu ...
mau berpelukan...berciuman ?
mau menodai insan lemah ?
mau meniadakan kebenaran ?
mau kecam-mengecam ?
mau memfitnah insan yang tidak bersalah?
hingga musnah peradaban insan
hingga terpecah ikatan persaudaraan

Kita ini bersaudara...
kerana kasih-sayang sesama saudara
apabila melihat kemungkaran
akan ada segolongan insan
yang mencegah kebatilan
atau paling tidak dengan hati mereka
biarpun mereka tidak sesempurna mungkin
biarpun mereka pernah berdosa
biarpun masa depan tak pernah tahu bagaimana
biarpun diri bakal dibenci manusia
tak mengapalah andai dibenci makhluk
tatkala tegur menegur sesama saudara
asal tanggung jawab bersaudara terlaksana

ketahuilah insan...
kerana sayang, suami akan menegur isteri
kerana cinta, ibu ayah akan menegur anak-anak
kerana merasa berat, pemimpin akan menegur bawahan
kerana kasih jugalah...
akan ada sahabat...rakan...teman...
yang sanggup memberi teguran
ini semua semata-mata kerana sayang...
demi memelihara semangat persaudaraan ...

Thursday, July 8, 2010

"Manusia berbicara setiap masa"


"Manusia berbicara setiap masa.Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg Manusia berbicara setiap masa.Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat.

Thursday, July 1, 2010

Ciri-ciri sahabat yang baik

Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat, 

"Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya".


Sunday, June 27, 2010

7 kalimah sakti




Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni
dosa-dosanya walau sebesar lautan:-

Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.
Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.
















Friday, June 25, 2010

ALLAH UTAMAKAN AMALAN, BUKAN PARAS RUPA


 
RASULULLAH saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkah lakunya, maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.

Mengapa Aku Diuji


>



KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orangyg dusta." 
Al-Ankabut ayat 2-3

Tuesday, June 22, 2010

AZAN DAN 3 TANDANYA




Assalamualaikum wbt.

Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya
masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Thursday, June 17, 2010

Doa PAda Ibu BaPa


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka
memeliharaku.

Wednesday, June 16, 2010

4 PERKARA SEBELUM TIDUR


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra.." ya Aisyah janganlah kamu tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu,
  1. sebelum khatam Al Qur'an
  2. sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir
  3. sebelum para muslim meredhai kamu
  4. sebelum kau laksanakan haji dan umrah


lalu bertanya Aisyah " Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

Amalan-amalan yang terbalik dalam kehidupan umat islam hari ini

"10 AMALAN YANG TERBALIK"
-------------------------

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita.
Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Alla