Saturday, July 17, 2010

Mengapa ramai wanita suka warna Pink













WARNA pink identik dengan warna wanita. Jika ada bayi perempuan lahir, maka semua aksesorinya diberi warna pink. Namun jika lelaki memakai baju pink pasti akan ditertawakan. 

Mengapa pink begitu identik dengan perempuan? Ada oang bijak pandai dari Universiti Liverpool dekat England, dia menjelaskan " evolusi menyebabkan wanita suka kepada kemerahan" Mereka cenderung memilih buah yang berwarna merah, wajah kemerahan dan sebagainya. Tugas wanita mencari bahan makanan untuk keluarga turut memainkan peranan kerana menjadi tradisi bagi wanita untuk mencari buah masak yang berwarna merah sehinggakan sampai detik ini anakcucu Hawa menggemari warna merah"
Keputusan itu dibuat berdasarkan ujian yang dibuat ke atas 200 responden lelaki dan wanita yang berumur dalam 20-an.

Di dalam ujian itu, kaum wanita menyatakan mereka suka warna paduan biru dan merah tetapi mereka tidak suka pada kalaborasi warna hijau dan kuning.  Dengan respon yang terdiri daripada dua ras berbeza iaitu cina dan inggeris, ternyata selera terhadap warna sama sekali tidak dipengaruhi oleh etnik melainkan faktor biologi.

Hmm..Betol ke??

1 comment: