Thursday, July 15, 2010

MANUSIA HARI INI SUKA SANGKA-SANGKA.



Manusia ni macam-macam. Ada sangkaan baik dan Ada sangkaan buruk..Yang baik itu okey, tapi yang tak baik itulah masalahnya..

Orang beribadah disangka riak.
Orang yang relax disangka malas.
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk.
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud.
Orang makan banyak disangka pelahap.
Orang makan sikit disangka diet.
Orang baik disangka buruk.
Orang buruk disangka baik.
Orang senyum disangka mengejek.
Orang masam disangka merajuk.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang diam disangka menyendiri.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang nampak ceria disangka membela.

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah.
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah.
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa.
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya.
Mana tahu yang ceria itu kerana cerdas mindanya.
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah .
Seperti musnahnya kayu dimakan api.
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat

Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya :) 
Anda Bagaimana???

1 comment:

  1. salam..bayk kerenah manusia nie..memeng xtau nak tau mula2 peel die,,tplelame ok la

    ReplyDelete