Saturday, June 26, 2010

Lawak Ker?? Sekadar hiburan


Berapa hari yang lepas, satu temuduga kenaikan pangkat telah dibuat oleh salah sebuah anak syarikat TNB. Biasalah kan kalau nak naik pangkat mestilah duduk ujian bertulis dan lepas tu barulah ujian bercakap pulak (temuduga lah tu) test suaralah pulak. Dan dalam ramai-ramai yang terpilih tu ade tiga kawan kita dari terengganu telah dipilih untuk di temuduga. Kebetulan pulak tiga kawan kita ni adalah peserta ketiga yang pertama. Apa lagi berdebar-debarlah depa orang ni. Kawan yang nombor satu mula la merungut. (bace ayat seterusnya kene ikut loghat terengganu!)
"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi doh bale baru sapa pulok". Sampuk pulak kawan yang kedue, "Mapuh kite kalu lagu ni. Aku doh kecut perut ni ."

Dan bersuara la pulak kawan yang ketiga dengan berlagak macho seraya berkata "Mu nok takut bende gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tak tahu, mu bahang gi la jawap bende pun . Janji mu jawap. Doh hok mu due ekor ni takut sangat bak pe. Bukang nye tukang interbiuw tu nok makang mu". "Cee mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi". 

Tiba masa yang ditunggu-tunggu, maka nama kawan kita yang pertama ni pun dipanggil. Dalam 15 minit kemudian, kawan yang pertama ni pun keluarlah. Apa lagi macam kera kena belacan la kawan nombor dua ni dok tanya apa soalan yang di tanya oleh tukang interbiuw tadi.
"Eh awang menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi". Kawan nombor satu tadi pun jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak dok bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak,die tanye, Pengerusi TNB yang baru siape name. Aku pung jawap lah Datuk Jamaluddin Jarjis".

Kawan nombor dua pulak menyampuk "Ah sudoh aku tok reti nok sebuk name tu.Guane nih awang. Aku rase nok terkecing doh ni. Ah aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."

Pastu sampuk le pulak kawan nombor tiga yang berlagak pandai ni, "Bak pe yang mu jadi bodo sangat nih. Jangan tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu nampok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda (seluar dalam la tu) mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buatla gatal kat perut. Pas tu mu kerling la sikit name Pengerusi TNB".

Apa lagi kawang nombor dua suka la dengar idea bernas kawan dia tu.Tapi dia tak tak tahu yang kawan dia nombor tiga tu pun panik gak, sebab dia pun tak tahu nak sebut macam mana.
Name kawan nombor dua pun dipanggil. Dalam 20 minit kawan nombor dua tak keluar-keluar lagi. Kawan yang nombor tiga dah panik kenapa kawan dia tu tak keluar keluar lagi. 5 minit kemudian keluar la kawan nombor dua ni dengan muka tersenyum. Kawan no. 3 pun tanye la, apa soalan yang keluar, jawap la kawan no 2 ni,


"Susoh jugok soalang die tapi soalang Pengerusi TNB tu aku buleh jawap, aku sempat selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi." Aku pung sebenor nye tok tahu jugok nok sebut name Pengerusi TNB tu." Jawap lah kawang no 2 tadi." Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih" Kawan no 3 pulak jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda".

Ape lagi kelam kabut le kawan kita Tiba-tiba kawan no 1 yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea. "Ape bende yang susoh sangat ni. Awang, mu beri je spenda mu kat die kejap." Apa lagi bergegas la kawan-kawan ni pegi toilet untuk berpindah seluar dalam. Tak lama lepas tu nama kawan no 3 ni pun di panggil. Dengan semangat berkobar-kobar dan rasa confident yang amat sangat kawan kita ni masuk dalam bilk interbiuw tu.

Dalam 10 minit kawan nombor 3 ni keluar sambil tergaru-garu kepala dengan muka kepelikkan. Kawan-kawan dia yang luar ni tanya la kenapa keluar awal sangat. Die menjawap, mase dia jawap ahli panel tanya Nama Pengerusi TNB, lepas tu dia jawap la. Tak pasal-pasal semua ahli panel tergelak-gelak sampaikan ada yang mengalir-alir air mata tak tahan sangat. Pastu kawan-kawan ni tanya la,” masa ahli panel ni tanya Nama Pengerusi TNB tu, ape mu jawap.Dengan confident dia bagitahu dengan kuat dan lantang " Datuk Calvin Klien".


Rupa-rupanye masa kawan-kawan ni berpindah seluar dalam tadi, kawan yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenya yang belakang ke depan, yang depan ke belakang. Name Pengerusi TNB yang baru tu kat belakang, nama jenama spenda tu pulak kat depan. Apalagi tergelak besarlah kawan-kawan yang dua orang lagi tu.

Sebagai pengajaran untuk anda semua jangan la cuba menipu mase interbiuw nanti.Tak berkat .

1 comment: