Saturday, June 26, 2010

“My Mind is the Scene of the Crime”



Aku ada sesuatu yang ingin aku kongsikan..namun ianya sesuatu yang tak mungkin ramai memahaminya.JIka aku aku bercerita,seperti aku bercakap bercakap dengan dinding yang kosong.Ada rahsia yang aku cuba rungkaikan yang sentiasa bermain dalam kotak fikiran ku ini.Cuba kamu bayangkan, ada sebiji bola ditengah-tengah padang dan hanya menanti pemain-pemain menyentuhnya. Apabila wisel ditiup, bukan seorang yang ingin menyentuhnya, tetapi 22 pemain ingin menyentuh bola itu pada masa yang sama. Bola itu dikelilingi oleh pemain-pemain seperti lebah di sarangnya. Apa yang pelik, apabila pemain ingin menyentuhnya, bola itu menjadi statik dan kadangkala hilang dan muncul kembali. tetapi pemain masih terus menendang tanpa berputus asa dan berterusan. Aku salah seorang daripada pemain tersebut. tetapi aku berundur kebelakang hanya melihat dan memikirkan apa yang terjadi. Itulah rahsia aku kerana selama dua minggu kebelakangan ini, mimpi yang sama yang aku alami termasuklah semalam.

No comments:

Post a Comment