Thursday, June 24, 2010

JIKA KAMU..




Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu
terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya
ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula
menyayangimu hendaklah kamu  menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya
begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh
kenangan bersamamu dan mungkin  tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap  pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh....  cukuplah sekadar
keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu
sukar untuk  kamu menampalnya semula.... akhirnya
ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba 
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan
lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima
lah seadanya.... Janganlah kamu terlalu
mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya 
begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia  melakukan kesilapan bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya  
kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika
kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga
keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang
kamu pasti baik  untuk dirimu. Mengenyangkan.
Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari 
makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar
kelazatan. Kelak, nasi itu  akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
seorang insan... yang  kamu pasti membawa
kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu.
Mengasihimu.  Mengapa kamu berlengah, cuba
membandingkannya dengan yang lain. Terlalu 
mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya
dan kamu akan menyesal  apabila dia beralih arah.
renung-renungkanlah..

6 comments:

  1. Bagus nya nasihat2 ko ni fendi....I LIKE IT...huhu

    ReplyDelete
  2. hehehehe...Tq..S_zack Punye ilham..Jgk.."Jgn Syg kt orng kalu kite xtau die btol2 syg.."

    ReplyDelete
  3. hehehe..best kan..dapt post 1 renungan lagi..pas nie leh la request tajuk lagi er.. =)

    ReplyDelete
  4. hheehe...tajuk tu kat internet ade..xpe..kite wat yang jd ingatan n renungan..heheh

    ReplyDelete