Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu seharian sebelum memperelokkan sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.
Ali bin Abi Thalib
Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas.
Saidina Ali bin Abi Thalib
Ku tinggalkan kaktus ini khusus untukmu,
dengan pesanan ia mudah hidup
biarpun berhari-hari kau biarkan tuntas,
ia kan tetap besar dan bercambah
kerana ia belajar bernafas dari gersang tanah.
Asalkan setiap kali kau melintasi,
lemparkan senyummu di sini,
tahulah aku, kau sayang padanya.
Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya dia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan. Jauhilah berteman dengan pembohong kerana dia boleh menjadikan orang yang dekat lari darimu dan sebaliknya. Jangan berkawan dengan orang bakhil kerana dia akan melupaimu disaat kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana dia tidak malu untuk menjualmu pada harga yang sangat murah. Saidina Ali bin Abi Thalib
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Sabda Rasulullah SAW: Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah iaitu yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikut perbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa hak.
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah.
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib
Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. Saidina Ali bin Abi Thalib
Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga)
Saidina Ali bin Abi Talib
Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.