Sunday, September 18, 2011




Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw. 

Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt. 

Ikhlas dalam beramal.

Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya. 

Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

Solat malam menjadi kebiasaannya.

Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.

Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt. 

Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas-tugas dan kewajipan lelaki soleh:

Mencari nafkah (belanja hidup)
Berjihad Fisabilillah.
Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

Sedangkan aku sendiri pun tidak ada sifat-sifat seperti itu...
renung-renungkanlah...


Sunday, October 17, 2010

Salam...
Fendi ingin mengucapkan terima kasih kepada faramurni sebab BLOGWALKING AWARD.


Jadi tanpa membuang masa,ada perkara-perkara tertentu yang terpasa Fendi buat...antaranya...

Apa yang bermain di fikiran anda sekarang 
Fendi ingin baring dan tidur...hehehe

Apakah nama samaran anda ??
Fendi, Di, Di Maria...haha

Senaraikan 3 nama yang anda sayang ..? 
Ibu bapa
keluarga
Kawan-kawan

Panggilan untuk si dia ??  
HAi awak...(gatalnya)

Hadiah yang diimpikan dari yang istimewa ?? 
Kejujuran dan keikhlasan.

Blog mana yang paling suka visit? 
Malas nak pikir...kuikui

Blog yang akan Fendi tag ??
misschekleen  

Pss#...Terima kasih untuk faramurni


Friday, October 15, 2010

SEKADAR RENUNGAN-TANDA GADIS BERMARUAH

 
 
Berikut ialah 10 tanda-tanda seorang gadis itu bermaruah tinggi dan amat elok jika dijadikan isteri:



Wajah agak kuning atau hitam manis. Raut wajahnya nampak bersih dan bercahaya.

Matanya bersinar terang bila dia melihat. Alis matanya tulin, hitam tebal dan rapi susunannya.

Bila dia berbicara, dia berkata dengan sopan santun dan lemah-lembut. Perangainya baik.

Senyumnya menawan. Jika ketawa, dia akan tundukkan muka kerana malu dan akan ketawa sedikit sahaja.

Pinggangnya ramping, punggungnya

Tidak keluar rumah melainkan jika perlu tetapi sentiasalah bertemankan seorang muhrim. Dia tidak berhias tetapi bersih dan kemas.

Hatinya tenang, tidak mudah keluh kesah bila menempuh dugaan.

Perangainya tidak memaksa tetapi senang memahami hati orang lain.

Sentiasa redha dengan apa-apa pemberian orang kepadanya. Menerimanya dengan ikhlas.

Tidak gemar bercakap banyak. Hanya bercakap perkara yang perlu dan yang baik-baik. 
 
Tapi nak mencarinya bukannya mudah kan??? Umpama permata yang sukar untuk ditembusi...

Wednesday, October 13, 2010

DIKALA AKU KEBOSANAN???



Dikala aku kebosanan....
Aku akan mencapai Gitar Yamaha F-210 akustikku...melayan jiwa dengan melodi-melodi indah yang mampu merampas kebosanan dan mengembalikan kerianganku...
Tunggu sekejap...wahai kasih...


Dikala aku kebosanan....
Aku akan mencapai komik KREKO ku...membaca dan menghayati watak-watak animasi yang pelbagai...Bankai!!!


Dikala aku kebosanan...
Aku akan memicit dan menekan button-button console PS2 ku itu...Gol!!!


Dikala aku kebosanan...
Mencari teman-teman untuk berbicara dikala mengubat rindu kepadanya....Jom kuar???


Dikala aku kebosanan...
Kalau bosan sangat basahilah lidah anda dengan berzikir selain sentiasa mengigat mati...Sebab perkara yang paling hampir dengan kita adalah...
M.A.T.I.


Selamat Beramal...^_^