skip to main | skip to sidebar
Manusia dan keinginan Senantiasa berjalan beriringan Tak mampu dipisahkan Kitalah manusia itu Selagi nyawa dikandung badan Kita kan senantiasa berkehendak.. Andai menginginkan kasih sayang Allah swt Setiap perintah-Nya dipenuhi Setiap larangan-Nya dijauhi Kesalahanan diri ditangisi Dosa-dosa lalu disesali Hari-hari berikutnya dilalui dengan bersulam doa dan pasrah kepada-Nya "Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus jalan orang-orang yang diberi nikmat dan bukannya jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat" Andai mau memenuhi kehendak iblis laknatullah Berbuatlah sesuka hatimu ... mau berpelukan...berciuman ? mau menodai insan lemah ? mau meniadakan kebenaran ? mau kecam-mengecam ? mau memfitnah insan yang tidak bersalah? hingga musnah peradaban insan hingga terpecah ikatan persaudaraan Kita ini bersaudara... kerana kasih-sayang sesama saudara apabila melihat kemungkaran akan ada segolongan insan yang mencegah kebatilan atau paling tidak dengan hati mereka biarpun mereka tidak sesempurna mungkin biarpun mereka pernah berdosa biarpun masa depan tak pernah tahu bagaimana biarpun diri bakal dibenci manusia tak mengapalah andai dibenci makhluk tatkala tegur menegur sesama saudara asal tanggung jawab bersaudara terlaksana ketahuilah insan... kerana sayang, suami akan menegur isteri kerana cinta, ibu ayah akan menegur anak-anak kerana merasa berat, pemimpin akan menegur bawahan kerana kasih jugalah... akan ada sahabat...rakan...teman... yang sanggup memberi teguran ini semua semata-mata kerana sayang... demi memelihara semangat persaudaraan ...
ini betul2 renungan mutiara hikmah.....tak yah cari kat internet tentang artikel2 berunsur nasihat ni....g jer kat blog ko....haha
ReplyDelete