Monday, July 5, 2010

Erti sebenar..



pada suatu hari disekolah, seorang murid bertanyakan kepada gurunya.Pda ketika itu, gurunya itu sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana kasih sayang itu hendak dikekalkan?

cikgu: "ok. kamu ikut seperti saya suruh. kamu pergi ke padang.kamu berjalan atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walaupun sekali dan petik rumput yang paling cantik bawa ke kelas"
 
Apabila pelajar tersebut pulang ke kels, tiada sehelaipun rumput ditanganya. Cikgu bertanya "kenapa tidak ada rumput yang dipilih?"

Pelajar: tadi semasa saya berjalan, saya mencari rumput yang paling cantik. memang ada yang cantik, tetapi cikgu cakap petik yang paling cantik, maka saya pun berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakaag.tapi sampai di penghujung padang,saya tidak jumpa pun yang paling cantik. mungkin ada diantara yang dibelakang terdapat rumput yang paling cantik tapi cikgu kata tak boleh menoleh kebelakang, tiadalah rumput yang saya boleh petik".

cikgu: " ya itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi. Kita patut hargai orang yang ada di hadapan kita itu. dan ingatlah,orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik".

No comments:

Post a Comment