Tuesday, June 15, 2010

Pengenalan: Renungan Mutiara Kata

Assalamualaikum...

Bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya dan izinNya, saya telah berjaya untuk memiliki sebuah blog agar dapat saya berkongsi segala maklumat bersama-sama rakan-rakan tentang segala hal berkaitan tentang kehidupan kita seharian sama ada dari segi agama, sosial, politik dan ekonomi agar ia dapat memberi kesan yang baik kepada kita semua.Insyaallah.

Pada ruangan blog kali ini, saya harap rakan-rakan dapat memberi dan berkongsi idea tentang kata-kata yang mampu kita jadikan ikutan, pegangan, dan renungan agar dapat kita memperbaiki diri kita yang tidak sempurna ini. Selain itu, saya juga mengesyorkan rakan-rakan dapat berkongsi segala masalah yang dihadapi, luahan hati agar dapat kita sama-sama cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.

Diharap pada ruangan blog kali ini, kita mampu untuk berkenal-kenal antara satu dengan yang lain saterusnya mengukuhkan ikatan silaturrahim. Amin.

No comments:

Post a Comment