Saturday, June 19, 2010

Pemain Pilihan Saya


Xavi Hernandez


Xavi merupakan pemain tengah terbaik di dunia pada masa kini yang masih menampilkan permainan secara konsisten seperti yang dilakukannya semasa membawa Barcelona meraih enam gelar dalam satu tahun. Xavi mempunyai kepintaran dalam mengawal bola serta berupaya mencipta peluang.Hantarannya yang tepat dan jitu menjadikan tugas penyerang semakin  mudah. Gandingan dengan rakan sepasukannya Andres Iniesta menjadikan Sepanyol sebuah pasukan yang kuat dan digeruni lawan.


Lionel Messi


Lionel Andrés Messi dilahirkan pada 24 Jun 1987di Rosario merupakan seorang pemain bola sepak yang berasal dari Argentina. Berusia 22, Messi bermain di bahagian serangan dan kemampuannya membuatkan dia digelar sebagai Marodona alaf baru. Susuk tubuhnya yang kecil dan lincah, menyebabkan pertahanan lawan terpaksa bekerja keras kerana pemain ini seringkali membuka ruang kepada rakan-rakannya untuk memburu gol. Apa yang menarik tentang Messi ini ialah, tiada formula pertahanan di dunia pada masa kini yang mampu menyekat pergerakan pemain ini.


1 comment:

  1. aku jah buleh menyekat pergerakan pemain ini..TAKBIR!!!!

    ReplyDelete